Friday, July 19, 2013

Antara Maksud Dan Keperluan

Antara maksud penubuhan persatuan ialah untuk mencari manafaat dan berkongsi dengan ssetiap warga blok. Dan pemilihan dilakukan bagi mewujudkan kumpulan kecil yang menjadi wakil kepada seluruh warga. Mereka yang dipilih tidak bergaji tetapi terpaksa mengorban sedikit harta masa dan diri untuk mencipta harmoni.

Ada yang berdesas dan ada yang berdesus... tidak semua dari kami bersetuju dengan keputusan mesyuarat AJK.. tidak semua dari kami menerima perancangan AJK. Mereka AJK hanyalah makhluk Tuhan yang penuh dengan kekurangan. Tuhan yang maha agong boleh mendengar seluruh doa hambaNya dalam berbagai bagai bahasa dalam satu ketika dan tidak mustahil bagi Tuhan untuk menyempurnakan seluruh  doa doa hambaNya.

Sebagai wakil, mereka yakni AJK hanya berbijaksana dalam mesyuarat dan membuat perancangan dari keputusan mesyuarat. Kalau kita mampu.. kita akan melibatkan seluruh warga dalam setiap mesyuarat cumanya adakah seluruh warga mampu dan sanggup terlibat.

Apa yang menjadi keperluan pada pandangan penulis ialah kita sedayanya menerima keputusan mesyuarat AJK sebagai keputusan bersama biarpun kita tidak berkelibat dalam mesyuarat. Bila mana kita menerimanya seolah olah ianya datang dari dalam diri kita... maka akan datang rasa kebertanggungjawapan untuk bergerak ke arah tujuan merealisasikan keputusan yang telah dibuat.

Dari pengalaman mesyuarat agong yang telah dibuat beberapa kali sebelum ini.... kehadiran warga tidak pernah mencecah suku pun dari keseluruhan warga.

Marilah bersama sama berharmoni dan sekiranya antara kita mempunyai cadangan atau usul hebat... salurkan dalam laman ini atau laman muka buku persatuan supaya ianya dapat dibincangkan dalam mesyuarat AJK.

Saturday, July 6, 2013

Gotong Royong 6D 6 Julai 2013

Bergotong membuang sampah bertong-tong adalah amalan baik. Beroyong bersama berbondong bersihkan yang tak bersih adalah kelakuan yang sihat. Dan kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman.
Pesan Ustaz Yusuf... wangikanlah Othman Al Affan, biar selesa jemaah. Nabi SAW sendiri menyukai wangi-wangian.

6D tidak mahu terlepas peluang. Bersama anak kariah Surau Othman Al Affan turut melancarkan serangan ke tempat tempat yang perlukan kerahan pembersihan.


Sambil menyelam... minum air. Alang alang surau dibersihkan, 6D juga mengambil kesempatan menyerang Dewan dan Stor. Kepada semua yang terlibat, 6D ucapkan terima kasih. Hanya Allah yang akan membalas setiap titis-titis keringat yang menitik. Jazakallah...